
Optimistic? Penting sangat ke? Yes memang penting! Kalau kau nak achieve success, mesti kena aim high dengan kata lain be optimistic.
Alhamdulillah, perkataan optimistic ni memang tak pernah lari dari falsafah aku. Tak kisah la orang nak kata apa.Yang penting aku dah set vision aku dan my vision mestilah the highest yang I can achieve. Tapi optimistic tanpa usaha and du'a memang tak akan membuahkan hasil apa apa. Setakat angan angan kosong je. Nak senang cerita boleh disimplekan sebagai sembang lebat. Haha
Semuanya bermula sejak aku di sekolah menengah lagi dimana aku temui formula kejayaan ni iaitu Doa + Usaha + Optimistic. Boleh disimplekan sebagai DUO. Cadangnya nak buat OUD haha sorry afiq masoud. Mana pergi tawakkal? Bagi aku tawakkal tu dah dimasukkan sekali dengan doa. Sebab bila kita dah doa mesti lah automatic bertawakkal kan haha. So bila kita dah ada vision, walauapapun vision kita, semuanya boleh tercapai kalau ada dua elemen lagi ni. Usaha and doa.
Kesedaran aku pasal formula DUO ni *acah acah macam Kaedah Dr. Malek haha* telah disedari masa aku form 5. Time form 4 dulu aku selalu berangan angan nak top 5. Tapi usaha kurang and doa kurang, walau sehebat mana pon dream aku, ofc impossible nak dapat, So bila form 5, dah dicampakkan ke kelas Bougainvillea still benda ni berlaku. Sembang lebat ribut bagai tuh. Haha Sampai la ke pertengahan tahun, di mana result aku menurun gila.sampai menangis aku haha
Since that time, baru aku sedar, aku kena tingkatkan usaha aku and berdoa setiap hari. Berdoa yang aku nak 9A dalam trial SPM. Aku jugak baru sedar yang study upper form bukan macam lower form dulu dan aku bukan lah genius. Alhamdulillah time tu gak la aku sedar yang aku ni bodoh haha. Then aku berusaha gila gila such as stay up, buat exercises and berdoa setiap hari. Terutamanya buat solat hajat and baca al-Quran. Kalau nak doa kita makbul jugak, time sujud akhir tu untuk apa apa solat, hajatkan segala permintaan kita, Ingat, waktu kita sujud tu la waktu kita paling rapat dengan Allah. Alhamdulillah aku berpuas hati dengan usaha dan doa aku.
No comments:
Post a Comment